Saturday 23 August 2014

Mutiara Kata | JANGAN.... |

Mutiara Kata | JANGAN.... |




 ..............

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda, Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga. 

..............

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

.............. 

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi dan digelar pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

............

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga
.......... Subhanallah.........

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

Walhhua'lam..

1 comment:

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...