Monday 11 August 2014

Isu Boikot - Cara Hidup Yahudi vs Produk Yahudi

Isu Boikot | Cara Hidup Yahudi | vs | Produk Yahudi | Khabarnya usaha memboikot Restoran Mc Donald yang dijalankan oleh rakyat Malaysia pada hari Jumaat lepas telah berjaya. Alhamdulillah... Kemudian usaha boikot itu dengarnya diteruskan pada hari Ahad lepas untuk Pasaraya Tesco pula. 

Boikot | McD | Tesco | Starbucks | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Secara umumnya usaha boikot yang dilakukan ini nampak berjaya dan ianya patut  diteruskan. Mungkin rakyat Malaysia boleh jadikan hari Jumaat setiap minggu sebagai "boycott day" untuk McD dan hari Ahad untuk "Tesco" sehinggalah kemelut di Gaza, Palestine selesai. Mungkin usaha kita ini kecil nilainya jika berbanding dengan pejuang Islam di Palestin namun ianya masih antara ikhtiar yang boleh kita lakukan bagi menyokong pembebasan Palestine dari cengkaman zionis Israel.

Boikot | McD | Tesco | Starbucks | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Berikut pula adalah penjelasan tentang isu boikot. Mana yang lebih utama antara memboikot produk Yahudi ataupun memboikot cara hidup Yahudi yang banyak diamalkan di Malaysia sekarang.

Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi?
Jawab: dua-dua afdal..

Soalan: tapi yang mana lebih utama?
Jawab: boikot cara hidup mereka...

Soalan: kenapa?
Jawab: seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani,kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah,Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban,Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret,Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali,Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam,Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam,dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani.

Soalan: tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi?
Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita,bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar.

Soalan: jadi apa patut kami buat?
Jawab: buatlah dua2,tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia,dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah,penuhkan masjid,hidupkan malam dengan nama Allah, hidupkan amalan sunnah,menjaga aurat,menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

Moga soal jawab diatas dapat memberi penjelasan dan panduan untuk kita semua.

Wallhua'lam 

6 comments:

  1. tp kesian pulak dekat rakyat malaysia yg berkerja dengan compny tersebut..di mn pulak punca rezeki depa nnt..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu percaya bahawa rezeki itu datang daripada Allah... Bukan daripada manusia..

      Delete
  2. Buat setakat yg mampu.. Jgn dok taksub tanpa iman dan ilmu..

    ReplyDelete
  3. salam. boikot biar berilmu..huhhu kesian kat mereka yg mencari sumber rezeki disitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boikot syarikat mereka...
      Jangan diapa-apakan pekerja yang bekerja disitu...

      Delete
  4. boikot juga tp kesian pula dengan nasib pekerja2 melayu kt McD.. banyak restoran tutup jd diorang kena cari kerja lain

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...