Monday 21 July 2014

Teruja Sesangat!!! - Persiapan Raya & Balik Raya

Teruja Sesangat!!! |Persiapan Raya | Balik Raya | Pasti ramai di antara yang teruja untuk menyambut raya kan? Saya pun sama sebenarnya lebih-lebih lagi raya tahun ni saya dah dapat partner gegirl. Kalau raya sebelum ni, saya seorang je gegirl dalam family... Alhamdulillah pada kali ni Delisha akan jadi geng dengan Mama dia. :)

Hari Raya | Balik Kampung | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Keterujaan saya menyambut raya kali ni telah membuatkan saya sanggup menjahitkan manik untuk baju kurung Delisha. Asalnya baju kurung ni kosong je tapi bagi menterjemahkan nya  ke dalam suasana raya, saya sanggup meletak manik ke atasnya. So, inilah hasilnya...

Baju Raya | Manik | Shaklee | Sungai Buloh | Selangor
 Blink2x Untuk Puteri Tersayang... :)

Ini tak bermakna saya mengabaikan persiapan raya untuk boboiboy saya tau. Baik untuk suami atau anak-anak boiboy saya, segala kelengkapan raya untuk mereka sebenarnya dah siap gak hasil daripada beberapa kali shopping raya. Pergh!!! Penat wo.... Niat asal hanya untuk shopping raya sekali je tapi oleh dek kerana tak jumpa baju yang berkenan di hati, tu yang jadi shopping berkali-kali tu. Walaupun berkali-kali, tapi masih dalam bajet ye...Ha! Ha! Ha!

Okaylah, selamat membuat persiapan raya untuk semua. Bagi mereka yang bercadang nak balik kampung tu, pihak PLUS telah pun mengeluarkan Jadual Perjalanan Raya. So marilah kita merancang perjalanan balik kampung kita dengan sebaiknya. :)

Wallhua'lam

5 comments:

  1. salam. untung la...persiapan raya sy masih 0% hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dah berfamily memang kena prepare awal...
      Klu bujang tu xpe lg... Mlm raya pun masih boleh shopping lagi... :)

      Delete
  2. Tinggal nak kemas rumah...sedia bekas2 biskut raya dan persediaan bahan2 basah untuk juadah pagi raya jer kan...

    ReplyDelete
  3. dah siap untuk raya nie? saya tunggu hujung2 baru ada feel nak raya... hahaha

    ReplyDelete
  4. waaa...
    rajinnye jahit manik ...nice!

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...