Friday 11 July 2014

Terkini!! Gaza Di Serang - Solat Hajat & Qunut Nazilah

Terkini!! | Gaza Di Serang | Solat Hajat & Qunut Nazilah | Pihak kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengarahkan kesemua masjid dan surau di seluruh negara untuk mengadakan Solat Hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
 
Ini berikutan dari kekejaman tentera Israel yang telah mengistiharkan perang 3 keatas Gaza. Operasi yang diberi nama "Operasi Batu Konkrit" setakat ini dilaporkan telah meragut lebih 70 nyawa rakyat Palestin.

Kita sebagai umat Islam wajib membantu mereka dengan sekurang-kurangnya membacakan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Di antara doa yang mahsyur dan disyorkan untuk kita baca adalah doa Qunut Nazilah.

Qunut Nazilah | Pray For Gaza | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
  


PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
 
Qunut Nazilah | Pray For Gaza | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

GAZA SEDANG DISERANG SEKARANG!!
Gaza sedang diserang saat ini ketika penduduk Gaza sedang bersahur!!
Ayuh QUNUT NAZILAH!!


Sumber : JAKIM & perlingputih

3 comments:

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...