Peserta GA | Ihya' Ramadhan | Wajib Baca!! | Hubby baru je dapat
tukar duit raya dan mendapat 3 paket sampul raya dari Maybank. Insya-Allah
cukup kot sampul raya tu sebab hari tu dah dapat beberapa paket sampul raya gak
dari kedai yang kami shopping baju raya hari tu... :)
Sampul Duit Raya Sumbangan Maybank :)
Walaupun hari ini
kita semua masih terkejut dan sedih dengan tragedi yang menimpa Pesawat MAS - MH17,
tetapi kita harus redha dengan ketentuan Illahi. Semoga keluarga mangsa tabah
menghadapi dugaan yang berat ini. Al-Fatihah…
Okaylah… Hari ini
saya nak berkongsi dengan semua pembaca tentang plan saya untuk minggu depan
berkaitan dengan GA yang saya anjurkan. Mohon tegur kalau terdapat sebarang
kekurangan maklumlah ini kan GA Sulong saya... pasti terdapat kekurangannya...
Berikut adalah aktiviti yang dirancang sebaik sahaja penyertaan untuk Ihya' Ramadhan - Giveaway by Ummudd80, ditutup pada hari Isnin 21/07/14 pada jam 12 malam.
Isnin (21/07/14)
1. 9.00 am - 12.00 pm :
- Pemilihan pemenang dengan menggunakan kaedah random.org
- Verification samada peserta memenuhi kesemua syarat-syarat pertandingan
(Follow Google+, Follow Blog dan Banner GA pada blog entry peserta available)
Nota : Jika tidak memenuhi syarat, random.org akan digunakan untuk memilih no GA ID yang baru.
2. 2.00 pm :
- Publish senarai nama pemenang dan tinggalkan notification melalui link entry pemenang.
- Request some details dari semua pemenang.
3. 2.00 pm (21/07/14) until 23/07/14 (10.00 am) :
- Awaiting response from pemenang untuk berikan details yang berkaitan
Rabu (23/07/14)
1. 10.00 am :
- Start agihkan duit raya kepada ke semua pemenang berdasarkan details yang diperolehi.
Di harapkan plan di atas dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Cuma nak tanya pendapat semua, jika pemenang yang terpilih tu x bagi response sampai Rabu (23/07/14 - Jam 10.00 am) , patutkah saya mencari pemenang baru??? Atau bagi lebih masa agar pemenang tu bagi details yang diperlukan?.
Pendapat anda semua amat-amat dialukan....
Wallahua'lam