Wednesday 11 June 2014

Shopping Raya - Pengalaman Yang Menakutkan

Shopping Raya | Pengalaman Yang Menakutkan |

Insya-Allah kita akan menyambut Ramadhan dalam masa 18 hari lagi. Ada diantara kita yang sudah mula membeli belah untuk raya. Maklumlah di sana sini sudah banyak SALES RAYA kan? Saya pun ada plan yang sama tapi masih belum berkesempatan sebenarnya... He!.. He!.. He!...

Hari Raya | Promotion | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Mungkin ada orang berkata "dah macam tak sabar nak raya, puasa pun belum..".. Mungkin betul statement tu tapi bagi saya ianya kurang tepat kerana untuk membeli belah ketika bulan puasa adalah sangat tak convenient buat kami sekeluarga buat masa nie... Dengan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak dan anak-anak yang kepenatan berpuasa, boleh mendatangkan banyak masalah..

Saya pernah shopping raya 6 tahun lepas ketika anak saya baru 2 orang. Walaupun kami pergi awal pagi, kejadian yang tidak diingini masih boleh berlaku. Anak sulong saya, 2 kali hilang dalam hari yang sama!!!


Kejadian 1


Shopping Raya | Pengalaman | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Darwish Ketika Berumur 3 Tahun

Sebaik sahaja turun dari kereta. Kami terus ke lift di SACC Mall Shah Alam. Darwish terus meluru ke arah lift yang terbuka dan tiba-tiba pintu lift tertutup dengan sendirinya. Walaupun suami sempat tahan pintu luar tu tapi ia terus tertutup (mungkin lift rosaklah nie...). Lift bergerak turun ke bawah dan terdengar-dengar dia menjerit-jerit.... Papa! Papa! Papa! dari dalam lift... Kami panik!!! Suami terus berkejar turun menggunakan tangga. Saya tertinggal sedikit kebelakang kerana mendokongkan Dhamir yang masih kecil ....

Apabila tiba di basement, suami terus tanya security di situ. Beliau memberitahu ada seorang budak berlari keluar dari lift sebaik pintu terbuka dan terus menjerit Papa! Papa! Papa!... Suami terus mencari anak saya di bahagian store dan akhirnya berjumpa anak saya yang telah di jaga oleh pihak security di post pengawal.

Darwish kelihatan pucat dan menangis... Dia terus peluk suami saya... Alhamdulillah...


Kejadian 2

Shopping Raya | Pengalaman | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Dhamir Ketika Berumur 1 Tahun - Baru Berjalan :)

Selepas itu, kami terus ke bangunan bersebelahan, Plaza Alam Sentral dan singgah di bahagian gerai-gerai baju raya yang banyak di buka di bahagian ground floor. Sedang sibuk memilih baju raya yang sesuai tiba kami perasan yang Darwish hilang dari pandangan.

Sekali lagi kami panik!!! Suami terus mencari di kawasan sekitar sambil menjerit-jerit Darwish! Darwish! Darwish!... Tiada respons... Mungkin sebab ketika itu lagu-lagu raya yang diputarkan telah menenggelamkan laungan suara suami saya. Dalam 5-10 minit gak lah kami berlegar-legar disitu... tapi tak jumpa... akhirnya suami decide nak minta tolong Deejay untuk buat pengumuman di shopping complex tersebut... Sebaik tiba disitu, kami nampak Darwish berada di bawah kawalan Deejay tersebut... Menurut beliau, dia baru je nak buat pengumuman tentang penemuan seorang budak lelaki ini... iaitu anak saya, Darwish... Alhamdulillah.. Dia dalam keadaan menangis dan ketakutan...  Kami terus menenangkan dia dan berterima kasih pada Deejay yang bertugas...

Dah terbantut mood untuk membeli belah pada hari tersebut dan terus beredar untuk balik ke rumah.... :(

Kesimpulan
Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan dengan semua. Sentiasalah awasi anak-anak kita di tempat awam., lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.. Buatlah plan yang terbaik untuk membawa keluarga anda bershopping... Utamakan keluarga kita dari yang lain...

Baju raya boleh di beli bila-bila masa... Tetapi anak jika hilang tiada gantinya... :(

Moga kisah diatas boleh menjadi panduan untuk semua parents diluar sana.... Wallahua'lam..

Performance® Maximum Shaklee, Pengedar Sah Shaklee, COD Shaklee Di Ipoh,
Performance® Maximum Shaklee

Sempena bulan puasa yang bakal tiba ini, ingin saya syorkan kepada semua untuk mengambil produk Performance Drinks dalam diet harian. Ianya amat-amat membantu meningkatkan hidrasi tubuh kita. Amat sesuai diambil ketika bersahur bagi mengurangkan kepenatan dan kelesuan pada badan disiang hari ketika berpuasa.. Dapatkannya sekarang... 


****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 (sms/Whatsapp) atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

1 comment:

  1. Ya Allah sebaik jumpa. Ishhh kalau kita dah shopping raya, memang leka jadinya. Sampai anak kemana pun tak sedar

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...