Monday 23 June 2014

Panduan Pengambilan Ubat - Ketika Berpuasa


Panduan Pengambilan Ubat | Ketika Berpuasa | Apabila tibanya bulan Ramadhan, pasti persoalan tentang pengambilan ubat semasa berpuasa tidak terlepas dari menjadi persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Antaranya bilakah masa yang sesuai untuk mengambil ubat oral, bolehkah suntikan dimbil semasa berpuasa, dan sebagainya.

Disini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa berpuasa serta waktu yang sesuai bagi mengambil ubat oral. Maklumat ini diperolehi dari sebuah pamplet yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 7 Ogos 2012.


Panduan | Ubat Semasa Berpuasa | Ramadhan | Shaklee | Sg. Buloh

Penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa

  1. Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  2. Tablet sublingual (bawah lidah) - dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tak ditelan
  3. Semua bentuk suntikan
  4. Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
  5. Ubat kumur
  6. Ubat sembur hidung - dengan syarat tak disedut 
  7. Ubat bius setempat atau bius separuh.

Penggunaan ubat yang membatalkan puasa


  1. Ubat biji 
  2. Ubat minum
  3. Inhaler (ubat sedut)
  4. Pesari - ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian
  5. Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ( suppositori dan enema )
  6. Ubat bius menyeluruh - yang melibatkan gas.

Panduan cara pengambilan ubat oral ketika bulan puasa


Kekerapan ubat
Masa pengambilan
sebelum makan
Selepas makan
Sekali sehari
Sebelum bersahur
Selepas berbuka
2 kali sehari
1. sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama.
1. Selepas bersahur
2. Selepas berbuka
3 kali sehari
1. Sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
3. sebelum tidur
1. selepas bersahur
2. selepas berbuka
3. sebelum tidur


Ubat empat kali sehari

bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternative lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi berdekatan anda.

**bagi ubat yang diambil pada waktu malam, pengambilan ubat adalah seperti biasa mengikut arahan yang telah diberikan


Sumber :  notahidupsihat

1 comment:

  1. Satu perkongsian yang bgus untuk ena. Ena ada juga tertanya pasal ubat ni yang mana tak batalkan dan yang mana boleh batalkan puasa, now dah tahu. alhamdulillah

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...