Tuesday 10 June 2014

Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam Meninggal Dunia

Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam Meninggal Dunia | Malam tadi telah mendapat berita yang Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Tuan Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Muqri, telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.07 malam di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau yang berumur 40 tahun mengalami kompilasi paru-paru dan jantung dan telah mendapat rawatan awal Selayang sebelum di pindahkan ke IJN.

Imam Besar Masjid Negeri | Selangor | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Beliau yang pada mulanya hanya bertugas sebagai Imam Terawikh di masjid negeri telah dilantik beliau menjadi Imam Tetap setelah Sultan Selangor ketika itu, Al-Marhum Sultan Sharifuddin terpesona dan terpukau dengan suara beliau yang merdu ketika mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Subhanallah...

Beliau telah meninggal seorang balu dan 5 orang cahaya mata yang berumur dari 11 tahun dan yang paling kecil berumur 5 bulan.


Imam Besar Masjid Negeri | Selangor | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa



Berikut adalah gambar persediaan untuk pengurusan jenazah jenazah di masjid negeri Shah Alam.

Imam Besar Masjid Negeri | Selangor | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Mengikut maklumat terbaru, masih belum di putuskan lokasi pengkebumian beliau kerana pihak Istana mencadangkan untuk di kebumikan di makam di raja di Klang tetapi keluarga beliau mohon untuk dikebumikan di kampung halaman beliau di Batang Kali.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan sebentar lagi. Dan solat jenazah Insya-Allah akan diadakan di Masjid Negeri pada jam 9.30 pagi ini. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tergolong di kalangan kekasih Allah. Insya-Allah.. Amin...

1 comment:

  1. Al Fatihah.. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam golongan orang orang yang beriman

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...