Sunday 22 June 2014

Cubaan Menculik - Perhatian Untuk Semua

Cubaan Menculik | Perhatian Untuk Semua | Lately saya ada terima beberapa kiriman whatapss tentang peringatan mengenai kes cubaan menculik yang berlaku di kawasan Kuala Selangor ni. Surat pekeliling dari Pejabat Pendidikan Daerah telah pun telah diedar ke sekolah-sekolah sebagai langkah berhati-hati.

                      Cubaan Menculik | Anak-Anak Kecil | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa      Cubaan Menculik | Anak-Anak Kecil | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa                                                                                      

Rasanya fenomena ni bukan berlaku di daerah Kuala Selangor je kan... Sebagai buktinya berikut adalah snapshot post facebook dari seorang parents di Banting, Kuala Langat tentang kes cubaan menculik yang menimpa keluarganya.. 


Cubaan Menculik | Anak-Anak Kecil | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Apa tujuan mereka ingin menculik anak-anak kecil ni ye? Ramai yang beranggapan kegiatan penculikan ini ada kaitan dengan perdagangan bayi dan yang lebih teruk lagi adalah perdagangan anggota manusia. Saya dapat gak gambar penculik yang diberkas bersama anggota manusia yang "baru diproses" didalam van mereka. Cuma saya tak berani nak publish gambar tu kat sini takut ianya adalah hoax atau rekaan mereka-mereka yang nakal.
 
Anyway, kita sebagai parents kenalah ambik langkah pencegahan yang sepatutnya ye... Nasihatkan anak-anak kita selalu dan ajar mereka langkah asas untuk menyelamatkan diri jika insiden ini berlaku. Diantaranya adalah menjerit, menangis dengan kuat dan hubungi ibubapa segera jika ternampak individu yang mencurigakan.

Semoga kita semua dijauhi dari menjadi mangsa penculikan. Moga Allah melindungi kita semua.... Insya-Allah

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...