Friday 16 May 2014

Motosikal Penyamun Dirempuh, Jenayah Gagal

Motosikal Penyamun Dirempuh, Jenayah Gagal | Kini kejadian ragut dan menyamun semakin menjadi-jadi dari Utara (Perlis) hingga ke Malaysia Timur (Sabah). Kita harus lebih berwaspada dari menjadi mangsa. Dan jika kita menyaksikan kejadian ini di hadapan mata, mungkin kisah di bawah boleh dijadikan iktibar.

Kejadian Samun | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa 



Dua orang penyamun gagal melakukan kerja jenayah mereka apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki. Kejadian berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MACC) melaporkan saksi kejadian Caroline Dyiana Lo ketika bersama rakannya ternampak seorang wanita sedang disamun.

Pemandu kereta Nazri Idzhar dan rakannya Jason, yang terlihat kejadian itu mengambil keputusan menghentikan perbuatan jahat kedua-dua penyamun dengan merempuh kereta mereka ke motosikal suspek.

Akibat rempuhan itu, kereta yang dipandu Nazri turut hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Pemandu wanita itu hanya mengalami cedera ringan dan sudah dibawa ke hosptial untuk mendapatkan rawatan.

Selepas ditahan kedua-dua suspek teruk dipukul oleh orang ramai yang memang benci kerana disusahkan gara-gara perbuatan dua orang penyamun yang tidak mengendahkan keselamatan orang ramai.
Pihak polis kemudiannya menahan kedua-dua suspek dan merampas motosikal yang digunakan.

Sumber – MYNEWSHUB.MY
Oleh : AIRY ARIS

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...