Monday 12 May 2014

Cuaca Hujan Di KL - Pasti Perut Berkeroncong....

Cuaca hujan di luar sana... Beberapa kawasan di sekitar KL khabarnya dilanda banjir kilat... Sure banyak jalan yang jem teruk akibat banjir... :(

Bila cuaca hujan ni pasti perut pun berkeroncong.... Terjumpa resepi kuih tradisional ni yang pasti 'meletop' di dalam mulut dan perut.... Jom layan... :)


Talam Ubi Kayu



Kuih Talam Ubi Kayu | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Bahan-bahan ( Satu loyang )

Bahagian bawah:


  • 500g ubi kayu - diparut dan tapis airnya (biarkan airnya sekejap dan ambil bahagian putihnya yang mendap)
  • 4 sb tepung ubi
  • 1 cawan gula
  • 1 1/4 cawan santan
  • Pewarna kuning


Bahagian atas:


  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • Secubit garam


Cara-cara


  1. Panaskan kukusan.Sebatikan semua bahan untuk bahagian bawah.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  2. Campur semua bahan bahagian atas dan sebatikan.Boleh juga diblend sebentar semua bahan tersebut hingga sebati.
  3. Masukkan adunan tersebut diatas bahagian pertama yang telah masak tadi.Kukus selama 20 minit.
  4. Buka penutup kukusan dan kukus lagi tanpa penutup kukusan selama 10 minit.Ini adalah supaya bahagian atas permukaan kuih menjadi kering dan tidak berair.
  5. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.

Rasanya tak sempat buat hari ni... Minta hubby singgah pasar malam jap lagi... Beli kuih favourite dia nie... Senang... Ha! Ha! Ha!..

Kredit To : Resepisayang

1 comment:

  1. Bila tengok kuih ni, tetiba rasa nak makan kuih seri muka. Lama dah tak makan. Huaaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...