Thursday 17 April 2014

Penjelasan Ustaz Don Tentang Hadis Palsu, Wardina Mohon Maaf

Jawapan Ustaz Don Terhadap Tuduhan Wardina

Baru-baru ini Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, diketahui telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Facebook miliknya meminta para alim ulama dan pihak televisyen Al Hijrah agar menyemak kembali kata-kata dan ilmu yang disampaikan pendakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Dakwa Wardina, sudah beberapa kali dia terdengar perkara dan penyampaian tidak sahih telah disampaikan

Ustaz Don.wardina-1

Susulan itu, Ustaz Don telah tampil membela dirinya dalam satu video yang dimuatnaik di YouTube.

Menurut Ustaz Don, tuduhan terhadap dirinya tidak berasas kerana dibuat berdasarkan video ceramahnya yang telah diedit.

Turut diluahkan, kekesalan kerana pihak yang mengenalinya tergamak mendengar cakap-cakap orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu hingga menggugat hubungan silatulrahim.

Kata Ustaz Don, sejarah membuktikan video sekerat-sekerat biasanya dibuat untuk tujuan propaganda justeru ia seharusnya disiasat dahulu sebelum diuar-uarkan hingga menjadi fitnah.

Nasihat Ustaz Don, orang yang mempunyai kemusykilan sepatutnya berjumpa dengannya untuk bertanya dan bukannya merujuk kepada ‘ustaz google’, facebook atau twitter.

Orang yang mengata juga sepatutnya berada dalam ceramahnya untuk mengetahui ilmu sebenar yang ingin disampaikan dan bukan hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat.

“Saya tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya,” ujar Ustaz Don yang turut memberikan penjelasan berkaitan isu Bani Tamim dan Ikhwanul Muslimin yang sering dikaitkan dengan dirinya dalam video di bawah.

Dalam pada itu, terdapat berita yang disebarkan di media sosial mendakwa punca utama fitnah menggunakan video yang diedit berkaitan Ustaz Don disebarkan adalah kerana terdapat staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila beliau mendapat surat jemputan ke United Kingdom.

Tinjauan kami mendapati, jawapan yang diberikan Ustaz Don ini telah mendapat respons Wardina. Berikut adalah reaksi Wardina yang dimuatnaik di Facebook dengan tajuk ‘Sedikit respon mengenai respons…’

Fullscreen capture 4172014 115807 AM

Kata Wardina, dia terkejut melihat respon yang diterima sejak dia memuatnaik status berkaitan video Ustaz Don. Namun yang sebenarnya, dia ikhlas ingin mencari kebenaran dan tidak berniat langsung untuk memburukkan Ustaz Don.

Dia turut menafikan mengenali staf TV Al Hijrah yang dikatakan sebagai individu bertanggung jawab menunjukkannya video itu untuk disebarkan.
wardina-BNN

Mungkin berasakan permohonan maafnya semalam tidak cukup, awal pagi tadi Wardina sekali lagi memuatnaik status berbunyi:

Fullscreen capture 4172014 120354 PM
Nampaknya, Wardina telah mendapat pengajaran berguna daripada kejadian yang telah berlaku ini.

Memandangkan dia pun sudah berusaha keras meminta maaf, kami yakin orang dengan ilmu yang tinggi seperti Ustaz Don pun sama sekali tidak akan menaruh perasaan marah pada Wardina.

Jadi orang di luar sana pun tak perlulah lagi hendak mengungkit perkara ini ya? Ia cuma satu salah faham yang kini sudah terungkai dengan baik.

Sumber : Mynewshub

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...