Monday 10 March 2014

Doakan MH370

Seperti masyarakat dunia yang lain, saya memang terkesan dengan peristiwa MH370 yang dilaporkan hilang daripada radar sejak jam 2.45pagi 8 Mac 2014 semalam. Dahla tarikh tu tarikh birthday saya yang ke 35 tahun, tak boleh nak happy sangat, sebab walaupun tiada siapa yang saya kenal berada di dalam pesawat tu, sebagai manusia saya tidak boleh lari daripada berasa dukacita.

Seharian semalam melekat je depan tv atau FB untuk mendapatkan maklumat terkini, walaupun hampa. Tak boleh buat apa, nak update status promosi Shaklee pun takde mood.

Setiap 277 orang yang hilang ada kisah mereka sendiri, ada ibu bapa, ada anak-anak, ada ahli keluarga yang tentunya saat ini paling berdukacita. Allah.. nak taip ni pun sudah rasa sebak... :( Owh!

Pesawat terbaik, juruterbang berpengalaman dan kompeten, namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Saya berharap dan sentiasa berdoa anak kapal dan penumpang MH370 akan ditemui tidak lama lagi. 

Mari kita panjatkan doa yang tidak henti-henti sehingga mereka ditemui. Jangan lupa juga solat hajat mendoakan kesejahteraan dan kepulangan mereka.


Doakan MH370
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

Kredit To : Raihanah

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...