Sunday 7 September 2014

Senyum Selalu | Lawak | Kisah 3 Pilot

Senyum Selalu | Kisah 3 Pilot |
 
Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga2 pilot yang ketakutan tersebut memohon agar tidak dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pun berkata,
"Kalau korang semua nak hidup, korang kena masuk hutan & bawa 10 buah yang sama jenisnya. Tapi korang hanya ada masa 3 jam saja!'"


Senyum Selalu | Lawak | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Saturday 6 September 2014

Senyum Selalu | Lawak | Cari Isteri

Senyum Selalu | Lawak | Cari Isteri

Senyum Selalu | Lawak | Santai | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

NAK PANDAI = Cari isteri cikgu
NAK SIHAT = Cari isteri doktor
NAK KAYA = Cari isteri anak tan sri
NAK GLAMOUR= Cari isteri artis
NAK GADUH= Cari isteri samseng
NAK SEMBANG = Cari isteri penceramah
NAK ALIM = Cari isteri ustazah
NAK GEMUK = Cari isteri chef
NAK SELAMAT = Cari isteri polis
NAK STYLO = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua...

Senyum Selalu | Lawak | Santai | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Friday 5 September 2014

Tazkirah Jumaat | Kita Hanya Hidup Selama 1.5 Jam

Tazkirah Jumaat | Kita Hanya Hidup Selama 1.5 Jam |

Ternyata Cuma 1.5 jam saja Umur Kita hidup di DUNIA ini.
Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran..

Tazkirah | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Friday 29 August 2014

Tazkirah Jumaat | Kisah Seorang Guru Dan Muridnya |

KISAH SEORANG GURU DAN MURIDNYA

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah ladang ternakan. Di selang seli waktu berjalan, terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut. Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir.  Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Tazkirah | Jumaat | Supplement | Vitamin | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Thursday 28 August 2014

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan |

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan | Dalam kebuntuan memikirkan entry apa yang hendak di siarkan di blog ini, tiba-tiba saya mendapat idea untuk berkongsi dengan semua tentang fakta ini. Iaitu mengenai rekod perubatan kami sekeluarga bagi tahun 2012 sehingga 2014.

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Kenapa perlu berkongsi maklumat ini? Di akhir entry ini nanti saya akan huraikan secara detail ye.... Okay, jom lihat dulu rekod-rekod perubatan berikut :

1) Tahun 2012 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


2) Tahun 2013 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

3) Tahun 2014 : Bilangan ahli keluarga - 7 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Rekod diatas sebenarnya dicatat oleh suami bagi tujuan medical claim. Syarikat tempat suami bekerja tu hanya bagi RM1500 setiap orang untuk tujuan perubatan. Sebab itulah rekod untuk 2012 dan 2013 terhenti bila kuota tersebut telah habis.

Untuk tahun 2012, kuota telah habis pada 25/06/2012 dan bagi tahun 2013, kuota telah habis pada 24/07/2013. Untuk tahun 2014 pula, sehingga 28/08/2014, kuota masih berbaki sebanyak RM469.80.

Untuk makluman semua, kami sekeluarga telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee sejak September 2013. Dengan izin Allah, banyak kesan positif yang telah kami alami dan rekod diatas itu tadi adalah salah satu daripadanya.

Fakta yang lain tetapi berkaitan dengan rekod diatas tadi ialah tentang kekerapan kami ke ke klinik telah berkurangan dari 21 lawatan pada tahun 2012 ke 19 lawatan pada tahun 2013 dan terkini, hanya 13 lawatan pada tahun 2014.

Secara tidak langsung juga jumlah ubat di dalam peti ais kami turut berkurangan. Ini bermakna tahap kesihatan kami sekeluarga bertambah baik meskipun bilangan ahli keluarga kami juga kian bertambah. Alhamdulillah....

Pencapaian dan kegembiraan inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua pembaca. Pasti kita semua akan gembira apabila semua ahli keluarga kita sihat dan ceria.

Insya-Allah pada entry yang akan datang saya akan berkongsi pula tentang perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga dari segi penyembuhan penyakit. Moga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua tentang kelebihan produk Shaklee dan kepentingan kesihatan untuk kita semua.

Akhir kata, saya ingin berkongsi sebuah pesanan dari seorang Doktor yang juga mengamalkan Shaklee yang mengimpikan untuk melihat hospital-hospital di Malaysia ini lengang (tidak sepadat sekarang) kerana rakyat Malaysia telah mengamalkan pemakanan supplement dan cara hidup yang sihat. Jom sahut seruan ini....

Wallhua'lam..

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Monday 25 August 2014

Buluh Perindu | Pasti Anda Terpegun | Saksikan Video Ini!!

Buluh Perindu | Pasti Anda Terpegun | Saksikan Video Ini!! | Pernah tak anda melihat macam mana rupa pokok buluh perindu?. Saya sangkakan ianya sama seperti pokok buluh lemang atau buluh madu. Rupanya pokok buluh perindu ini amat sukar untuk ditemui. Ianya hidup hanya di dalam hutan-hutan tebal seperti di Kalimantan, Indonesia. Pokok buluh perindu mempunyai banyak khasiat istimewa dari segi kaedah tradisional.

Buluh Perindu | Kasih Sayang | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Rupa Pokok Buluh Perindu

Sunday 24 August 2014

Keluhan | Suami Dan Isteri |

Keluhan | Suami | Isteri | Renungkanlah... :)

  
Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Gambar-gambar diatas semuanya bersumberkan Google ye... :)

Wallahua'lam..

Saturday 23 August 2014

Mutiara Kata | JANGAN.... |

Mutiara Kata | JANGAN.... |




 ..............

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda, Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga. 

..............

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

.............. 

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi dan digelar pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

............

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga
.......... Subhanallah.........

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

Walhhua'lam..

Saturday 16 August 2014

Sampel Tulang Haiwan Kolam Ikan Patin Di Perak - Sah Babi!!

Sampel Tulang Haiwan Kolam | Ikan Patin | Di Perak | Sah Babi | Astaghfirullah!!! Itulah yang boleh saya luahkan apabila membaca berita ini dari akhbar Beritan Harian. Mungkin ramai antara kita yang telah memakan ikan yang diternak di kolam ini. Moga Allah mengampuni dosa kita yang dizalimi ini.

Kami sekeluarga pula memang tak berminat sangat ikan kolam atau ikan air tawar ini. Cuma apabila berkunjung ke pantai timur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pasti singgah di RNR Temerloh, Pahang untuk menghilangkan "ketagih" memakan ikan patin masak tempoyak. Di harapkan ikan air tawar di Temerloh bebas dari unsur babi seperti kes diatas. 

Moga semua pihak yang berkenaan memandang serius isu ini dan mengambil langkah pengawasan yang lebih ketat ke atas pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Malaysia ini.

Ikan | Kolam | Air Tawar | Babi | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Friday 15 August 2014

Sedih!! | Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya |



Sedih!! | Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya | Sekadar Ingin berkongsi sebuah kisah yang di ambil dari mynewshub. Hubungan yang sangat istimewa antara seekor kucing dan manusia jelas terserlah di gambar yang dikongsikan dibawah. Haiwan pun pandai menunjukkan rasa sayang pada manusia yang berbuat baik padanya. Biarpun telah berpisah oleh kematian.

Sedih | Kasih | Kucing | Manusia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.




Sedih | Kasih | Kucing | Manusia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya.


Pasti kucing ini mendoakan kesejahteraan untuk arwah yang banyak berjasa kepadanya. Moga arwah tergolong dalam golongan mereka yang beriman.

Ini pula kisah seekor kucing yang setia dengan temannya yang telah mati. KLIK disini.

Wallahua'lam

Semakan Keputusan | Permohonan Kemasukan Ke Universiti | Lepasan STPM | Sessi Akademik 2014/2015 |

Semakan Keputusan | Permohonan Kemasukan Ke Universiti | Lepasan STPM | Sessi Akademik 2014/2015 | Pada hari Selasa yang lepas, 12 Ogos 2014 telah di umumkan secara rasmi keputusan permohonan bagi kemasukan ke IPTA. Saat ini pasti dikenang hingga ke akhir hayat kerana ianya menentukan hala tuju diri seorang pelajar.

Berikut adalah beberapa cara untuk pelajar menyemak status permohonan mereka.

1) SMS

Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Wednesday 13 August 2014

Virus Ebola - Penjelasan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Virus Ebola | Penjelasan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Susulan mengenai berita tentang kes pertama rakyat Malaysia yang menghidap penyakit Ebola semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling untuk rakyat Malaysia.

Menurut surat tersebut, berita tersebut adalah palsu. Surat yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman (Timbalan Ketua Pengarah) meminta agar berita palsu dihentikan segera dan mohon menyebarkan surat pekeliling di bawah kepada orang ramai.

Virus | Ebola | Malaysia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Monday 11 August 2014

Isu Boikot - Cara Hidup Yahudi vs Produk Yahudi

Isu Boikot | Cara Hidup Yahudi | vs | Produk Yahudi | Khabarnya usaha memboikot Restoran Mc Donald yang dijalankan oleh rakyat Malaysia pada hari Jumaat lepas telah berjaya. Alhamdulillah... Kemudian usaha boikot itu dengarnya diteruskan pada hari Ahad lepas untuk Pasaraya Tesco pula. 

Boikot | McD | Tesco | Starbucks | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Thursday 7 August 2014

Penyakit Darah Tinggi - Ubat vs Supplement

Penyakit Darah Tinggi | Ubat vs Supplement | Sedih dan Murung.. Itulah perasaan yang di alami oleh suami sekarang apabila mengetahui dirinya sudah menghidap darah tinggi. Hal ini telah disahkan oleh Doktor yang merawat beliau beliau semalam.

Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala pada malam Isnin yang lepas. Ingatkan sakit kepala biasa tapi bila makan paracetamol sakit tersebut masih tak hilang lagi. Beliau masih pergi ke pejabat walaupun mengadu kepalanya rasa berat. Hinggalah semalam apabila saya mengesyorkan agar buat pemeriksaan dengan Doktor.

Darah Tinggi | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Tuesday 5 August 2014

Cuti Panjang Untuk Semua - Tahun 2015

Cuti Panjang Untuk Semua | Tahun 2015 | Tahun hadapan merupakan tahun yang ditunggu-tunggu oleh semua. Ini adalah kerana tahun 2015 mempunyai 11 kali cuti hujung minggu yang panjang. Betul ke?? Memang betul fakta ni tau.. Kalau tak percaya boleh rujuk pada Kalendar 2015 yang berikut... 

Cuti | Holiday | Percutian | Tahun 2015 | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Monday 4 August 2014

Masalah Berat Badan Naik Selepas Raya



Masalah | Berat Badan Naik | Selepas Raya | Hari ini telah genap seminggu kita berhari raya. Walaupun Hari Raya Raya hanya disyariatkan untuk dirayakan pada 1 Syawal sahaja  tapi warga Malaysia khususnya akan merayakannya sebulan.


Salah ke tradisi yang kita amalkan ini? Budaya ziarah menziarahi sesama saudara dan kenalan adalah tidak salah lebih-lebih lagi untuk tujuan mengeratkan sillaturrahim. Cuma janganlah kita mencemarinya dengan perkara-perkara yang ditegah oleh ajaran Islam seperti pergaulan bebas antara bukan mahram, menghidang makanan yang banyak sehinggakan pembaziran berlaku dan sebagainya.

Berat | Cepat Naik | Kurus | Langsing | Supplement | Vitamin | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Masalah Haid - Kini Ada Penyelesaiannya



Masalah Haid | Kini Ada Penyelesaiannya | Setiap kaum Hawa pasti akan mengalami haid bermula dari alam remaja hingga ke alam dewasa. Bagi mereka yang mengalaminya secara normal pasti rasa bersyukur sesangat kerana tidak mengalami masalah yang sering dialami oleh kaum hawa yang lain.

Haid | Period | Tidak Teratur | Senggugut | Menopaus | GLA Complex | Supplement | Vitamin | Kesihatan | Shaklee | Setiawangsa | Sg. Buloh

Friday 1 August 2014

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee - Hasilnya Memang Mengejutkan!

Kajian 3 Tahun | Tentang ESP Shaklee | Hasilnya Memang Mengejutkan!




Saya adalah antara beribu-ribu pengedar Shaklee yang tumbuh bak cendawan selepas hujan pasca revolusi internet Shaklee. Antara ‘hot selling product’ dalam Shaklee adalah Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP. 

Saya mengambil masa 3 tahun menjalankan kajian tentang keberkesanan produk ESP Shaklee ini melalui pemerhatian sendiri dan juga feedback yang saya terima dari para pelanggan saya. Selepas 3 tahun saya membuat kajian, baru-baru ini saya meneliti kembali semua feedback yang diterima dari para pengguna ESP dalam simpanan saya. Apa yang saya boleh simpulkan bahawa penemuan di sebaliknya memang mengejutkan!


ESP Shaklee | ESP | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Sumber dari Google

 

Thursday 31 July 2014

ESP Shaklee - Siapa Yang Memerlukannya

ESP Shaklee | Siapa Yang Memerlukannya | Secara umumnya ESP boleh diambil oleh lelaki dan wanita.


ESP Shaklee | ESP | Soy Product | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
ESP diperlukan oleh hampir semua orang

Tuesday 29 July 2014

ESP Shaklee - Testimoni Untuk Semua Ibu

ESP Shaklee | Testimoni | Untuk Semua Ibu | Sebenarnya banyak kebaikan ESP ini telah dirasai bagi ramai pengguna setianya. Di bawah ini adalah kompilasi testimoni ESP kepada kaum ibu iaitu testimoni untuk :
  1. ibu menyusu
  2. ibu yang hendak bersalin
  3. ibu sedang berpantang
Jangan risau, produk ESP Shaklee ini Insya-Allah selamat digunakan oleh semua ibu (termasuk yang hamil)...



ESP Shaklee | Soy Product | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
ESP bantu beri tenaga kepada ibu yang hendak bersalin

Monday 28 July 2014

5 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

5 Tips | Hilangkan Stretch Mark | Selepas Bersalin | Masa mengandung, antara perkara yang susah nak elak, adalah stretchmark, atau kata lain, parut pada perut. Sebenarnya ada cara nak elak stretchmark ni. Tapi hari ni kita kongsikan cara untuk hilangkan stretchmark. Bagi  yang sudah ada stretchmark tu, takkan nak pusing balik masa kan. Nak tak nak, terpaksa gak menghadap parut itew ;)

5 Tips Hilangkan Stretch mark  Dengan Cepat

1. Putih Telur
Putih telur mengandungi protein. Protein bagus untuk membantu mencantikkan kulit, menggebukan kulit, menghilangkan parut. Sapu telur putih pada parut stretch mark hilangkan stretch mark selepas bersalin.  

ESP | Soy Protein | Vitamin | Supplemen | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Sunday 27 July 2014

Penyakit Resdung & Selsema - Kesan Positif Mula Kelihatan

Penyakit Resdung | Selsema | Kesan Positif Mula Kelihatan | Insya-Allah... umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidilfitri besok, Isnin 28/07/2014. Bandar raya Kuala Lumpur pun dah mula lengang dek kerana semua orang dah mula pulang beraya di kampung.

Resdung | Selsema | Bersin | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

ESP Shaklee - 7 Kebaikan Dan Khasiat Yang Perlu Anda Tahu


ESP Shaklee | 7 Kebaikan Dan Khasiat | Yang Perlu Anda Tahu | Jika sebelum ini, anda didedahkan tentang 10 Soalan Popular Mengenai ESP Shaklee, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang 7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang perlu anda tahu pula.


ESP | Shaklee | Soy Protein | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa



Saturday 26 July 2014

ESP Shaklee - 10 Soalan Popular


ESP Shaklee | 10 Soalan Popular | Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee ni sehinggakan ramai yang bertanyakan tentang khasiat produk ini dan ramai juga yang membuat "repeat order" setelah sekali membelinya.
 
ESP Shaklee | Energy Soy Product | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Thursday 24 July 2014

Vitamin Untuk Semua - Ekstrak Biji Anggur

Vitamin Untuk Semua  | Ekstrak Biji Anggur | Vitamin kesihatan ini yang lebih dikenali dengan nama Grape Seed Extract mempunyai banyak khasiat yang berguna untuk kaum lelaki dan wanita.

Anti-Kanser | Awet Muda | Cantik | Kolestrol | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Wednesday 23 July 2014

Altel - If It's Not Altel, Say Farewell...

Altel | If It's Not Altel | Say Farewell | Itulah caption Telco Altel yang baru. Sedarkah anda yang sim card Altel tengah laku macam pisang goreng panas di pasaran sekarang? Sudah ramai kawan yang bertukar kepada Telco yang baru ni. Dan feedback yang diperolehi daripada mereka amat-amat positif.


Altel | 4G Servis | Syed Bukhary | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa | Vitamin | Supplemen | Kesihatan
2 Sim Card Altel Yang Baru Di Beli

Tuesday 22 July 2014

Pemenang Segmen - Ihya' Ramadhan Giveaway By Ummudd80

Pemenang Segmen | Ihya' Ramadhan | Giveaway By Ummudd80 | Alhamdulillah... Proses pengundian dan verifikasi telah pun selesai... Bukan mudah rupanya nak handle Giveaway ni. Perlu korbankan banyak masa dan tenaga untuk mengemaskini beberapa perkara bagi memuaskan hati semua peserta yang di kasihi.

Giveaway | Ramadhan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa Malaysia | Sabah | Sarawak

Monday 21 July 2014

Teruja Sesangat!!! - Persiapan Raya & Balik Raya

Teruja Sesangat!!! |Persiapan Raya | Balik Raya | Pasti ramai di antara yang teruja untuk menyambut raya kan? Saya pun sama sebenarnya lebih-lebih lagi raya tahun ni saya dah dapat partner gegirl. Kalau raya sebelum ni, saya seorang je gegirl dalam family... Alhamdulillah pada kali ni Delisha akan jadi geng dengan Mama dia. :)

Hari Raya | Balik Kampung | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Senarai Peserta : Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Senarai Peserta | Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80 |

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah... Rasa amat gembira dan terharu terhadap sambutan yang diberikan kepada Giveaway Sulong saya iaitu Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80 yang dilancarkan pada 4/07/14 yang lepas.

Giveaway | Ramadhan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Bagi blogger baru macam saya, ianya memberi semangat dan kekuatan dalam meneruskan minat dalam dunia blogging ini. Insya-Allah

Senarai nama peserta yang telah menyertai GA  saya  setakat hari ni,  21 Julai 2014,  jam 12.15 pm adalah seperti berikut  :

PENTING!!! - Tinggal 12 jam lagi untuk penyertaan GA ini ditutup. Cepat!! Cepat!! Jangan Ketinggalan... :) 


Friday 18 July 2014

Peserta Giveaway Ihya' Ramadhan - Wajib Baca!!


Peserta GA | Ihya' Ramadhan | Wajib Baca!! | Hubby baru je dapat tukar duit raya dan mendapat 3 paket sampul raya dari Maybank. Insya-Allah cukup kot sampul raya tu sebab hari tu dah dapat beberapa paket sampul raya gak dari kedai yang kami shopping baju raya hari tu... :)
 

 Giveaway | Duit Raya | Hari Raya | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Sampul Duit Raya Sumbangan Maybank :) 

Thursday 17 July 2014

Peugeot vs Kereta Tempatan - Menarik!!!

Peugeot vs Kereta Tempatan | Sudahkah anda tonton video yang menarik ini. Santai tapi penuh dengan pengajaran untuk semua rakyat Malaysia.


Peugeot | CDM25 | Kiki | Uncle Sim | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Pengasuh vs Nurseri - Dilema Ibu Bapa Berkerjaya

Pengasuh vs Nurseri | Dilema Ibu Bapa Berkerjaya | Bukan mudah untuk mencari pengasuh yang baik dan sesuai untuk anak. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh semua ibu bapa yang berkerjaya. Ramai juga yang mengorbankan kerjaya demi menjaga anak-anak tercinta.


Pengasuh | Nurseri | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Pic Adik Beradik Sempena Birthday Dhahir - 4 Tahun

Wednesday 16 July 2014

Bazar Ramadhan dan Konflik Palestine - Renungkan!!

Bazar Ramadhan dan Konflik Palestine | Renungkan!! |  Majoriti diantara sudah pasti telah pergi ke mana-mana pasar Ramadhan pada bulan ini untuk membeli juadah berbuka puasa. Tapi adakah kita mengambil berat tentang makanan yang kita beli tersebut samada dari segi kebersihan mahupun "keberkatan" makanan tersebut?. 

Pasar Ramadhan | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Pandangan Biasa Di Bazar Ramadhan

Terawikh | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Jemaah Di Surau.. Bandingkan....

Friday 11 July 2014

Duit Raya Bertambah!!! - Giveaway By Ummudd80

Duit Raya Bertambah!!! | Giveaway By Ummudd80

Alhamdulillah.. Memandangkan sambutan yang diterima setakat ini amat2x memberangsangkan.. Pihak penganjur berasa amat wajar membalas jasa baik semua yang menyertai GA ini dengan menambah hadiah yang ditawarkan.

Giveaway | Ramadhan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Update : 11 Julai 2014

Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim... saya dengan ini mengumumkan pertambahan 10 lagi hadiah untuk dimenangi oleh semua peserta..

Hadiah yang menanti anda adalah seperti berikut :
1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20 
4) Duit Raya bernila RM 10 x 2 NEW!!
5) Duit Raya benilai RM5 x 8 NEW!!

Diharapkan semua peserta bergembira dengan pengumuman ini...
Wallhua'lam..

Terkini!! Gaza Di Serang - Solat Hajat & Qunut Nazilah

Terkini!! | Gaza Di Serang | Solat Hajat & Qunut Nazilah | Pihak kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengarahkan kesemua masjid dan surau di seluruh negara untuk mengadakan Solat Hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
 
Ini berikutan dari kekejaman tentera Israel yang telah mengistiharkan perang 3 keatas Gaza. Operasi yang diberi nama "Operasi Batu Konkrit" setakat ini dilaporkan telah meragut lebih 70 nyawa rakyat Palestin.

Kita sebagai umat Islam wajib membantu mereka dengan sekurang-kurangnya membacakan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Di antara doa yang mahsyur dan disyorkan untuk kita baca adalah doa Qunut Nazilah.

Qunut Nazilah | Pray For Gaza | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
  

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...