Wednesday 27 November 2013

Apa Itu Thyroid?







Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
  • Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). 
  • Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  •  Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
  • Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.
  • T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
  • Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.
  • Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.
    • TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.
    • TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. 
    • TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

 SIAPA yang BERISIKO?

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perokok

JENIS-JENIS TIROID


Jenis penyakit tiroid utama 

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis  (HYPER)
  • Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 
  • Antara penyebab penyakit ini ialah :
    • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan 
    • Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya 
    • Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan 
  • Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme: 
    • Bengkak di leher 
    • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar 
    • Gementar dan gelisah, terketar-ketar 
    • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang 
    • Kesuburan turun 
    • Penumpuan kurang 
    • Mata menjadi besar (bulging) 
    • bad mood 
    • Kejang otot 
    • Oesteoporosis (kereputan tulang) 
    • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. 
    • Kulit lembap
    • Suhu badan naik, tak tahan panas
    • Rambut rontok
    • Sukar bernafas
    • Sukar tidur
    • Tekanan darah naik
    • Turun berat badan walaupun selera naik
    • Lemah

2.Hypothyroidism (HYPO) 

  • Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup
  • Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism Badan rasa lemah
    • Daya ingatan menurun
    • Hilang indera rasa dan bau
    • Kadar pengepaman jantung perlahan
    • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
    • Kulit kering
    • Masalah kesuburan
    • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
    • Muscle cramp dan bengkak
    • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
    • Percakapan lambat
    • Pertambahan berat badan
    • Rambut rontok
    • Rasa mengantuk
    • Rendah nafsu seks
    • Sakit kepala
    • Sembelit
    • Suara menjadi serak
    • Tak tahan sejuk
(sumber : http://suplemen-thyroid.blogspot.com) 


 BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

Untuk yang jenis HYPER
  • ESP 
  • VIVIX 
Untuk yang jenis HYPO
  • Vitalea
  • Vitamin E Complex 
  • Omega
  • B-complex

Anda berminat...

Boleh hubungi saya di:
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...